Pengarah Luc Besson ‘Bantai’ Filem Superhero dan Propaganda Captain America!

194

Written by:

Luc Besson bukanlah satu nama asing untuk filem-filem bercorak aksi buat peminatnya di seluruh dunia.

Akan tetapi, usahanya untuk mengadaptasi sebuah komik klasik terbitan Perancis gagal apabila Valerian and the City of a Thousand Planets hanya mendapat sambutan ‘suam-suam kuku’ dan kecundang di box-office. Tidak hairanlah apabila pengarah tersebut sebelum ini mempunyai isu dengan filem-filem bercorak superhero dan adaptasi komik yang nyata sukses dan mengakui rasa teruja yang pernah hadir dulu kini terpadam akibat apa yang sudah disogok oleh Marvel dan DC Comics.

Memetik wawancara beliau bersama portal web dari Brazil, Cinepop baru-baru ini:

“Totally tired of it. It was great 10 years ago when we see the first Spider-Man and Iron Man. But now, it’s like number five, six, seven; the superhero is working with another superhero.. but it’s not the same family. I’m lost.”

Penerbit trilogi The Transporter dan Taken itu kemudiannya bersikap lebih agresif dan peribadi apabila mula menyentuh subteks politik dengan secara terang-terangan menuduh Captain America sebagai agen propaganda:

“But what bothers me most is it’s always here to show the supremacy of America and how they are great. I mean, which country in the world would have the guts to call a film ‘Captain Brazil’ or ‘Captain France?’ I mean, no one! We would be like so ashamed and say, ‘No, no, come on, we can’t do that.’ They can. They can call it ‘Captain America,’ and everybody think it normal. I’m not here for propaganda, I’m here to tell a story.” 

Nampaknya beliau sangat berani mengeluarkan kenyataan dan yakinilah bahawa beliau hampir pasti tidak akan menerima sebarang tawaran dari Marvel Studios di masa yang akan datang.

Apa pula pendapat anda? Komen seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Last modified: August 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *