BELANSUNGKAWA | Kartunis Majalah UJANG, Lengkuas Meninggal Dunia pada Usia 52

303

Written by:

Ini ada berita mendukacitakan buat seluruh peminat dan industri kartun tanahair.

Kartunis yang cukup popular menerusi siri ‘Mat Despatch’ dan ‘Yob Peon’, Zainuddin Bin Saleh atau nama penanya Lengkuas telah pergi buat selamanya dan meninggal dunia pada jam 10.30pagi tadi di Hospital Selayang.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan darah tinggi selepas dua hari dimasukkan dalam wad pesakit hospital berkenaan.

Beliau yang dilahirkan pada 26 September, 1964 telah mencipta nama sebagai seorang kartunis di bawah MOY Publications dan kini Bekazon menerusi majalah kartun popular Ujang. Beliau yang berasal dari Kampung Aji, Bota Kiri, Perak berkarya sepenuh masa dan memeriahkan industri kartun Malaysia sepanjang lebih 30 tahun yang lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak berusia 10 tahun dan sepasang kembar berusia 15 tahun.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah, Batu Muda selepas Asar hari ini. Antara yang memberi penghormatan terakhir semasa upacara persemadian beliau adalah teman-teman seperjuangan seperti kartunis Kerengge,Tembakau, Padi, Pandan, Sireh dan ramai lagi.

Salam Takziah dari kami di JEDA.MY untuk Allahyarham Zainuddin Saleh dan seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

Last modified: August 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *