Lihat Pandangan Lebih Jelas Imej Steppenwolf dalam Filem JUSTICE LEAGUE!

195

Written by:

Permainan untuk filem Justice League sudah pun mula dijual lebih awal sebelum filemnya keluar.

Dan salah seorang daripada pereka permainan untuk francais adaptasi komik tersebut telah berkongsikan sesuatu yang menarik di media sosial. Beliau telah mendedahkan imej ilustrasi dan rujukan rekaan permainan untuk watak Steppenwolf dan angkatan Parademon di bawah telunjuknya. Walaupun ianya tidaklah 100% tepat dari aspek warna, ia tetap memberikan perincian lebih jelas pada setiap butiran perwatakan dan betapa gerun serta jeliknya penampakan antagonis utama itu kepada Batman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash, Cyborg serta Superman kelak.

Di dalam komik, Steppenwolf digambarkan sebagai sebuah watak yang mempunyai susuk tubuh manusia sasa tetapi pengarah Zack Snyder mahukan imej yang berbeza. Selain itu, ada spekulasi baharu yang mengatakan bahawa Darkseid nampaknya akan muncul juga dalam babak awal Justice League bersama Steppenwolf dan ramai mengharapkan bahawa penampakan beliau kelak akan lebih taat kepada rekaan dalam komik.

Lihat rekaan ilustrasi permainan Steppenwolf dan Parademon untuk filem Justice League di bawah ini:

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017.

Last modified: August 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *