KING KONG Langgar PLANET OF THE APES dalam Siri Mini Komik Pelintas Boom Studios!

115

Written by:

Dua francais beruk paling dominan di muka bumi ini – King Kong dan Planet of the Apes – bakal bertembung dalam sebuah siri mini komik pelintas (crossover) baharu terbitan BOOM! Studios.

Kong on the Planet of the Apes akan menelusuri garis masa filem Planet of the Apes sulung tahun 1968 dengan Dr. Zaius dan Jeneral Ursus menerajui sekumpulan angkatan tentera memasuk Zon Larangan. Seperti yang dijangka, mereka telah bertembung dengan seekor beruk raksasa dengan gelaran King Kong!

Dari situ, mereka telah mengembara menuju ke Pulau Tengkorak atau Skull Island bagi menemukan sebuah jawapan yang menggemparkan tetapi adakah mereka dapat melepasi cabaran menanti untuk terus hidup? Memandangkan ini adalah sebuah kisah yang tidak terikat dengan kesinambungan mana-mana jalan cerita, ada kemungkinan beberapa watak dalam komik tersebut akan terkorban.

Penulis Ryan Ferrier (Mighty Morphin Power Rangers) akan berganding bahu dengan ilustrator Carlos Magno yang sebelum ini pernah melukis kedua-dua komik Planet of the Apes dan Kong of Skull Island.

Memetik kata penulis tersebut dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini:

“There’s such a deep mythology to both properties, especially if you consider all of the amazing Kong and Apes comics that have come out in recent years. With this series, we’ve found a coherent, meaningful way of having these two worlds and their legacies fold into each other. The implications of the Ape civilization discovering the Kong world are huge, and that’s certainly on the forefront of the series.”

Kong on the Planet of the Apes akan berada di pasaran pada bulan November, 2017.

Last modified: August 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *