Lihat Pandang Pertama Foto-foto Eksklusif Terbaharu STAR WARS: THE LAST JEDI, Termasuk Lebih Banyak Pendedahan Mengejutkan!

159

Written by:

AnimasiBukuDan Lain-LainFilemGamingKomikSemasaTV

Pihak Entertainment Weekly telah mendedahkan kulit muka hadapan Edisi Musim Luruh mereka hari ini.

Dan ia menampilkan imej baharu untuk watak Luke Skywalker (Mark Hamill) dan Rey (Daisy Ridley) untuk filem Star Wars: The Last Jedi termasuk pelbagai cerita baharu yang amat menarik.

Ramai yang sudah sedia maklum menerusi treler rasmi sebelum ini bahawa Luke Skywalker akan melatih gadis berkuasa ‘Force’ yang datang dari Jakku itu tetapi dengan pendekatan dan identiti yang agak berbeza berbanding perwatakan beliau dalam trilogi asal trilogi Star Wars.

Menurut laporan yang ditulis dalam naskah ini:

“Rey finds a man overpowered by regret, eager to close the book on his past while living out the rest of his days on an isolated island when she first arrives to Planet Ahch-To”

Apakah ini petanda bahawa akan ada Jedi yang bakal beralih arah ke aliran Dark Side? Ia mungkin satu teori radikal yang agak luarbiasa tetapi harus diingat masih banyak lagi rahsia dan misteri masih terselindung di dalam sekuel kepada Star Wars: The Force Awakens (2015) ini.

Seperti yang kita ketahui dalam filem sebelum ini, Han Solo mendedahkan bahawa Luke Skywalker telah menghilangkan diri apabila Kylo Ren belot serta membunuh semua anak muridnya yang lain. Dan beliau bukan hidup bersendiri atau menyorok disebabkan oleh rasa malu atau takut.

Wawancara susulan EW memetik kenyataan Mark Hamill yang mengakui bahawa Luke Skywalker percayakan dan yakin sepenuhnya Kylo Ren atau Ben Solo pada ketika itu sebagai Jedi Terpilih (“The Chosen One”). Apabila anak lelaki Han Solo dan Jeneral Leia itu membelot dan beralih arah ke The Dark Side, beliau sendiri mempersoalkan hubungannya dengan kuasa The Force:

“[Luke] made a huge mistake in thinking that his nephew was the chosen one, so he invested everything he had in Kylo, much like Obi-Wan did with my character.. and he is betrayed with tragic consequences. Luke feels responsible for that. That’s the primary obstacle he has to rejoining the world and his place in the Jedi hierarchy, you know? It’s that guilt, that feeling that it’s his fault, that he didn’t detect the darkness in him until it was too late.”

Apakah perasaan buntu dan bercelaru tersebut telah menyelinap masuk ke dalam diri Luke Skywalker dan menjadi punca beliau terpaksa memencilkan diri jauh hingga ke Planet Ahch-To sekiranya beliau hilang kawalan diri?

Dan adakah Rey mampu untuk meyakinkan Tuan Gurunya itu untuk berjuang bersama dalam Star Wars: The Last Jedi dan seterusnya kembali memakmurkan pentadbiran New Republic serta kekuatan Jedi ke serata galaksi?

Kami menjangkakan akan muncul butiran terkini untuk Star Wars: The Last Jedi dalam tempoh beberapa hari lagi. Sementara itu, lihat foto-foto eksklusif terbaharu untuk filem tersebut di bawah ini:

Star Wars Episode VIII: The Last Jedi akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

Last modified: August 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *