Bintang ROGUE ONE, Riz Ahmed Dilamar Beraksi dalam Filem VENOM sebagai Carnage?

104

Written by:

Siapakan yang dicari dan apakah yang dicari?

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, bintang Rogue One: A Star Wars Story iaitu Riz Ahmed kini dalam rundingan untuk muncul bersama Tom Hardy dalam filem Venom terbitan Sony Pictures. Tiada sebarang butiran atau maklumat terperinci tentang siapakah nama watak yang bakal beliau lakonkan kelak tetapi sumber dalaman ada menyebut bahawa besar kemungkinan ia adalah “seorang watak Marvel Comics yang sangat popular”.

Nama Cletus Kasady atau Carnage sudah sudah tentunya sedang berlegar-legar di dalam fikiran semua peminat di kala ini. Walaupun demikian, sebuah lagi sumber yang dipetik dari THR telah mengesahkan yang watak tersebut bukan Carnage seperti yang diramal ramai. Dan calon-calon pelakon lain seperti Matt Smith, Pedro Pascal dan Mathias Schoenarts juga sedang diburu oleh studio untuk watak yang sama.

Pengarah Zombieland, Ruben Fleischer bakal mengarahkan filem ini kelak dan tidak akan menampilkan Tom Holland sebagai Spider-Man.

Venom akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Oktober, 2018.

Last modified: August 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *