Pandang Pertama Hailee Steinfeld di Set Penggambaran Filem Spin-Off Transformers, BUMBLEBEE!

102

Written by:

Paramount Pictures bakal membawa francais Tranformers kembali ke semula kepada akar umbi siri asal animasi tersebut dengan meletakkan filem spin-off Bumblebee itu pada era 1980an.

Rentetan laporan berita yang mengesahkan kemunculan bintang True Grit dan Pitch Perfect iaitu Hailee Steinfeld sebagai teraju utama, beliau telah berkongsikan sebuah entri foto terbaharu menerusi laman Twitter rasmi miliknya yang mendedahkan imej pandang pertama watak yang bakal dibawa olehnya di dalam filem tersebut.

Dengan T-shirt tanpa lengan Motörhead berwarna hitam dan seluar jeans kelabu gelap berceranggah, beliau kelihatan sangat selesa dan sesuai sekali berada pada tahun 1987.

Filem tersebut akan menelusuri kisah hidup Charlie Watson yang telah menjumpai sebuah Volkswagen Beetle lama berwarna kuning di medan besi buruk (junkyard) dan mengeatahui bahawa ia adalah sebuah Autobot dari Cybertron dengan nama Bumblebee.

Lihat entri terbaharu dari akaun Twitter rasmi milik Hailee Steinfeld di bawah ini:

Jorge Lendeborg Jr. (Spider-Man: Homecoming) dan bintang ternama WWE John Cena akan berganding bahu bersama Hailee Steinfeld di dalam filem ini. Pihak studio The studio berjanji yang spin-off Bumblebee akan mengalami perubahan tona dan gaya drastik berbanding kesemua kuadrilogi filem di bawah arahan Michael Bay dengan perbandingan kepada filem The Iron Giant (1999).

Diarahkan oleh Travis Knight (Kubo and the Two Strings, The Boxtrolls, ParaNorman) dengan skrip oleh Christina Hodson, filem tersebut dijangka akan berada di pawagam menjelang tahun 2018.

Last modified: August 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *