Bakat Luarbiasa Pelajar Autisme Gemparkan Internet dengan Koleksi Ilustrasi ULTRAMAN, KAMEN RIDER, POWER RANGERS!

203

Written by:

AnimasiDan Lain-LainFilemKomikMangaSemasaTV

Kagum lagi mengagumkan.

Seorang pelajar dari sebuah sekolah pembelajaran khas telah menghasilkan salasilah lengkap keluarga Ultraman hasil ingatan dan memori menerusi buku latihan miliknya. Muhammad Amsyar Anas Ramlee yang berusia 18 tahun itu membuatkan netizen seluruh dunia tergamam apabila melihat lukisan keluarga besar Ultraman yang dihasilkannya tular di media sosial.

Rata-rata memuji lukisan tersebut yang dilihat kemas dan dihasilkan dengan cukup teliti.

Hasil karya pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Sungai Petani, Kedah itu telah dimuat naik menerusi akaun rasmi Facebook milik gurunya, Nurul Izani Ainun Ahmad Zani pada awal minggu ini dan turut melahirkan rasa kagum dengan bakat murid yang luarbiasa itu.

Menurutnya, beliau sudah lama mengesan minat dan bakat pelajar autistiknya itu tetapi tidak menyangka anak didiknya itu mempunyai koleksi lukisan adiwira yang sangat banyak dan bermacam saiz.

Guru subjek Literasi Komputer ini menambah lagi, pelajar tingkatan empat berkenaan telah mengumpulkan watak-watak adiwira kegemarannya seperti Ultraman, Kamen Rider dan Power Rangers yang dilukisnya di dalam buku latihan:

“Pertama kali saya nampak lukisan kecil-kecil tu tu, saya terus kata ‘Wow! Banyaknya awak lukis’. Saya sedar dia minat melukis bila dia selalu jadi pelajar paling awal masuk kelas saya dan keluar paling lambat semata-mata nak guna komputer buat rujukan gambar adiwira sebelum mula melukis,” 

Berbeza dengan pelajar normal, pelajar atau individu autistik mungkin ketinggalan dari segi akademik tetapi mempunyai kelebihan lain. Mengenai perwatakan Muhammad Amsyar Anas, beliau digambarkan sebagai seorang yang peramah, pandai menguruskan diri sendiri dan tidak mempunyai masalah disiplin.

Sumber: World of Buzz, MStar

Last modified: August 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *