Tonton Treler Rasmi Sulung untuk Filem Terbaharu Arahan Darren Aronofsky, MOTHER!

106

Written by:

Awal pagi tadi, sebuah treler rasmi penuh dan pertama untuk filem mother! telah dilancarkan.

Ia memberikan kita pembayang serta gambaran lebih jelas apa yang boleh diramalkan daripada naskah seram terbaharu lakonan pemenang Anugerah Academy dan pelakon wanita Hollywood termahal setakat ini iaitu Jennifer Lawrence yang kediamannya diceroboh oleh tetamu-tetami tidak diundang.

‘Twist’ cerita ini?

Kesemua penceroboh itu nampak seolah-olah telah diundang masuk oleh suaminya sendiri lakonan Javier Bardem!

Tonton treler rasmi sulung untuk filem mother! tersebut di bawah ini:

Pengarah Darren Aronofsky (Noah, The Wrestler, The Fountain) telah sekali lagi berjaya membuktikan bahawa beliau adalah pakar dalam timbunan babak-babak suspen yang menghadirkan rasa gerun dan mendebarkan sepertimana filem-filem hebat beliau sebelum ini seperti Black Swan (2010), Requiem for A Dream (2000) dan Pi (1998). Para pengkritik awal-awal lagi telah melabelkan karya ini sebagai percubaan sulung dan berani beliau dalam genre filem seram penuh.

Anda juga boleh lihat tiga poster rasmi dan terbaharu filem tersebut di bawah ini:

mother! akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 September, 2017.

Last modified: August 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *