Filem Reboot HELLBOY Lamar Milla Jovovich untuk Watak Antagonis Utama, Blood Queen!

150

Written by:

Nampaknya pengarah Neil Marshall telah jumpa penjahat untuk filem Hellboy terbaharunya.

Menurut sumber yang dipetik dari Deadline, Milla Jovovich (Ultraviolet, The Fifth Element, Resident Evil) kini sedang dalam fasa perbincangan akhir untuk beraksi dan berganding bahu bersama teraju utama David Harbour and Ian McShane dalam reboot berklasifikasi ‘Rated-R’* sebagai Blood Queen!

Baru-baru ini, kita telah dimaklumkan bahawa sub-judul “Rise of The Blood Queen” telah digugurkan daripada tajuk filem tersebut tetapi jelmaan ahli sihir gori itu masih dikekalkan sebagai antagonis utama dalam jalan ceritanya.

Produksi dan penggambarnan prinsipal akan bermula di United Kingdom dan Bulgaria hujung bulan ini serta dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia menjelang tahun 2018.

* ‘Rated-R’ atau ‘Restricted’ adalah label rasmi yang dikeluarkan oleh Motion Picture Association of America (MPAA) untuk klasifikasi tontonan individu di bawah usia 17 yang memerlukan bimbingan ibu bapa atau penjaga dewasa serta mengandungi kandungan cerita untuk dewasa.

Last modified: August 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *