Tonton Video Promosi Baharu KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE dengan Kemunculan Semula Harry dan Eggsy!

120

Written by:

Mereka kembali lagi!

Filem adaptasi komik karya Mark Millar dan pelukis Watchmen (1986-1987) iaitu Dave Gibbons berjudul Kingsman: The Secret Service telah berjaya memenangi hati penonton dan peminat apabila ia ditayangkan pada tahun 2015.

Selang dua tahun kemudian, sekuelnya pula dijangka akan menerima resepsi positif yang sama dan serupa. Pengarah Matthew Vaughn (X-Men: First Class, Kick-Ass, Stardust) jelas mengharapkan sebuah filem sekuel lebih besar dan lebih baik berbanding naskah terdahulu, sesuatu yang dapat kita lihat menerusi aksi-aksi luarbiasa yang hadir menerusi satu babak yang menyaksikan gandingan semula Eggsy dan Harry dalam sebuah video promosi terbaharu!

Dengan misi mereka kali ini menghala ke Amerika Syarikat, Kingsman: The Golden Circle menjanjikan sesuatu yang berbeza apabila nama-nama besar lain seperti Jeff Bridges, Halle Berry dan Channing Tatum muncul memberi ‘saingan’ kepada Colin Firth, Mark Strong dan Taron Egerton.

Ini merupakan sekuel pertama Matthew Vaughn dan masih belum jelas sama ada beliau ingin melengkapkannya sebagai sebuah trilogi atau bergerak ke projek filem lain (pengarah ini pernah disebut-sebut sebagai calon utama mengemudi arahan untuk Man of Steel 2).

Tonton video promosi terbaharu Kingsman: The Golden Circle tersebut di bawah ini:

Kingsman: The Golden Circle akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 September, 2017.

Last modified: August 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *