Penampilan Terakhir Adam West sebagai Batman dalam Filem Animasi BATMAN VS TWO-FACE Kini Bertarikh Rasmi!

88

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

 

“POW! KA-POW! BOFF! BONK! ZWAPP! WHACK!”

Pertama kali kita mendengar laporan mengenai filem animasi Batman vs Two-Face adalah jauh lebih awal sebelum filem animasi Return of The Caped Crusaders berada di pasaran pada akhir tahun lalu.

Dan pada hari ini, kita akhirnya telah dimaklumkan bahawa sekuel cerita tersebut kini sudah mempunyai tarikh rasmi yang bakal menampilkan persembahan terakhir Adam West sebagai Batman walaupun hanya dengan lakonan suara sejak meninggalkan kita semua pada tanggal 9 Jun yang lalu. Walaupun perkara di atas masih lagi tidak disahkan secara rasmi oleh mana-mana pihak berwajib seperti DC Entertainment atau Warner Bros., senarai yang dikeluarkan oleh laman web Best Buy dengan jelas mendedahkan Batman vs. Two-Face akan hadir untuk pasaran Blu-Ray, DVD dan Digital pada 17 Oktober, 2017.

Lihat ilustrasi promosi untuk filem tersebut di bawah ini:

Untuk pencerahan bersama, Two-Face sebenarnya langsung tidak pernah membuat kemunculan bersama Joker, Catwoman, Penguin serta ramai lagi antagonis terkenal Batman dalam siri televisyen retro yang mula ke udara pada tahun 1966 itu. Namun begitu, penulis Harlan Ellison pernah menulis sebuah skrip dan tidak mendapat kelulusan studio tetapi pernah diterbitkan menerusi komik Batman ’66: The Lost Episode #1 (2015).

Apakah filem animasi ini nanti diambil dari jalan cerita komik tersebut? Bincangkan dan komen seperti biasa menerusi ruangan komen yang tersedia di bawah entri ini.

Last modified: August 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *