Karl Urban Sahkan Rundingan Akhir untuk Muncul Kembali sebagai Judge Dredd dalam Siri TV MEGA-CITY ONE!

120

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Undang-undang Hakim Dredd akan tetap terus ditegakkan di Mega-City One!

Semasa penampilan di salah satu Konvensyen Rasmi Star Trek baru-baru ini, pelakon Karl Urban (Thor: Ragnarok, Lord of the Rings) telah mengesahkan bahawa beliau sedang dalam fasa rundingan akhir untuk kembali sebagai Judge Dredd dalam siri televisyen aksi-hidup adaptasi komik terbitan IM Global berjudul Mega-City One.

Dan nampak gayanya pelakon tersebut akan rasmi hadir dan beraksi semula asalkan projek tersebut kena dengan citarasa serta mengandungi merit berkualiti. Menurutnya:

“I am in discussions with them about that. I told them that if they write the material and give Dredd something to do and give him a function, I will be there. I would love to.”  

Berita di atas bukanlah satu kejutan besar kerana sebelum ini Karl Urban telah berusaha dan berkempen keeras untuk penghasilan sebuah lagi filem sekuel selepas filem Dredd (2012). Dengan kecintaan beliau yang mendalam terhadap karakter yang pertama kali muncul menerusi komik 2000AD pada tahun 1977 itu, sudah pasti ia akan terjadi asalkan penerbit siri televisyen Mega-City One nanti menepati perjanjian di antara mereka.

Terkini, Netflix dikhabarkan akan menjadi saluran utama untuk siaran siri televisyen tersebut biarpun tiada kata sepakat belum dicapai. Antara saluran lain yang berminat adalah Amazon and HBO.

Last modified: August 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *