Lihat Pandang Pertama Josh Brolin sebagai Cable dalam DEADPOOL 2!

198

Written by:

Pada minggu lalu, kita telah melihat kelibat rasmi watak Domino untuk sekuel filem Deadpool

Tetapi pendedahan sebenar yang paling kita nanti-nantikan akhirnya telah tiba. Ryan Reynolds dalam entri terbaharu beliau menerusi akaun rasmi Twitter miliknya sebentar tadi telah mendedahkan imej pandang pertama untuk watak kegemaran ramai asal dari komik X-Force iaitu Cable lakonan Josh Brolin!

Dengan rambut berwarna perak keputihan, bola mata bercahaya, parut di muka dan tampak ganas berlengan besi buatan; Nyata serta jelas sekali inilah dia jelmaan Nathan Christopher Charles Summers yang didambakan peminat selama ini.

Malah dalam Tweet tersebut tertulis kata-kata ini daripada teraju utama, Ryan Reynolds:

“We all have that one, grumpy, heavily armed Uncle from the future.” 

Lihat imej pandang pertama secara rasmi Josh Brolin sebagai Cable dalam Deadpool 2 termasuk entri Twitter Ryan Reynolds berserta foto seorang pelakon lagak ngeri dan video di belakang tabir set penggambaran filem tersebut di bawah ini:

Deadpool 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 1 Jun, 2018.

Last modified: August 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *