Netflix Beli Hakcipta Penuh Millarworld, Penerbit Komik KICK-ASS, KINGSMAN dan Banyak Lagi!

154

Written by:

AnimasiDan Lain-LainFilemKomikSemasaTV

Baru sebentar tadi pihak Netflix dengan secara rasminya telah mengumumkan pembelian Millarworld iaitu rumah penerbitan yang dimiliki oleh pengasasnya sendiri iaitu penulis komik terkenal, Mark Millar.

Ini bermakna kesemua ciptaan dan karya-karya beliau seperti Kick-Ass, Kingsman: The Secret Service Superior, NemesisStarlight, Jupiter’s Legacy dan banyak lagi judul lain akan diberikan akses penuh untuk adaptasi projek-projek Netflix yang akan datang.

Syarikat perkhidmatan strim video atas talian dan media digital terkemuka itu merancang untuk menghasilkan filem, siri televisyen atas talian, rancangan kanak-kanak serta animasi berdasarkan portfolio terpilih dalam francais Millarworld.

Antara komik-komik popular dari penerbit besar seperti Marvel dan DC Comics tulisan Mark Millar sebelum ini yang mendapat perhatian ramai serta meninggalkan kesan sebati di kalangan peminat tegarnya adalah seperti Superman: Red Son (2003), Civil War (2007) dan Old Man Logan (2009).

Anda boleh baca siaran media rasmi Netflix DI SINI dan tonton video pengumuman ringkasnya di bawah ini :

Last modified: August 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *