Penulis Sahkan Marvel Batal Penerbitan Komik FANTASTIC FOUR Akibat ‘Merajuk’ dengan 20th Century Fox!

177

Written by:

Ada pengikut setia dan penggemar abadi Fantastic Four di sini?

Sebelum beliau menjadi penulis komik popular dan kesukaan ramai di Marvel, ramai peminat dan pembaca komik mula mengenali Jonathan Hickman sewaktu diberi tugasan mengambil-alih serta memodenkan plot Fantastic Four agar lebih menarik. Dalam tempoh itu juga, beliau turut menghormati nilai-nilai teras yang selama ini telah memantapkan Keluarga Utama Marvel tersebut. Sesuatu yang nampaknya gagal dilakukan menerusi kedua-dua filem adaptasi aksi hidupnya sejak tahun 2005 dan yang terkini 2015.

Walaupun begitu, kesemua judul-judul Fantastic Four dengan secara tiba-tiba telah dibatalkan penerbitannya pada tahun 2014 dan kesemua kemunculan watak utama komik tersebut telah ‘dibekukan’ serta-merta (kecuali penampilan ringkas menerusi siri mini Secret Wars dua tahun lalu).

Ini dilabel oleh beberapa pemerhati dan penganalisa sebagai tindakbalas langsung terhadap 20th Century Fox oleh pihak Marvel Studios di bawah arahan CEO Ike Perlmutter kerana keengganan melepaskan hakcipta filem tersebut kembali ke tempat asalnya.

Marvel Comics sebelum ini telah menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan jualan komik yang merosot teruk sebagai punca keputusan tersebut dibuat. Tetapi spekulasi terus bertiup kencang saban tahun dan penafian itu nampaknya semakin rapuh apabila Jonathan Hickman sendiri tampil memberi jawapan.

Ternyata benar isu hakcipta filem adalah pemangkin utama ketiadaan Fantastic Four dalam mana-mana komik terbitan Marvel sehingga kini. Memetik kata-kata beliau menerusi satu wawancara baharu bersama Bleeding Cool:

I think it’s pretty common knowledge at this point that Marvel isn’t publishing Fantastic Four because of their disagreement with Fox. While it bums me out, I completely understand because, well, it isn’t like they’re not acting out of cause. Fox needs to do a better job there.” 

Akan tetapi, penulis itu turut mengakui yang Marvel juga memainkan peranan dalam krisis tersebut:

 “That kind of thinking runs contrary to everything I believe in as a professional storyteller.  It comes from a place of manipulation where an attempt is made to make the reader desire something through denial. It’s hacky. It’s suboptimal. It’s the central tenet of all sh***y dating advice. If you want someone to care about a book, write a story they care about.

Apa menyebelahi pihak mana? Marvel Comics/Marvel Studios atau 20th Century Fox?

Nyatakan pendapat dan pandangan anda sekali menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah ini.

Last modified: August 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *