Perancangan Plot Lebih Kosmik Selepas GUARDIANS OF THE GALAXY Vol. 3 Kini Giat Dirancang!

139

Written by:

Ke manakah arah tuju Star-Lord, Gamora, Rocket, Groot dan Drax selepas ini?

Semasa fasa pasca-produksi untuk filem Guardians of the Galaxy Vol. 2, pengarah James Gunn telah menyatakan bahawa beliau sedang berusaha keras untuk mengembangkan lagi skop cerita filem ketiga francais itu kelak. Selang beberapa bulan selepas tempoh tayangan rasmi sambungan filem di atas, beliau mengesahkan akan kembali untuk sebuah lagi filem dan akan lebih fokus kepada alam kosmik Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Dengan itu, ke manakah arah tuju MCU dari sudut kosmik dan galaktik selepas kedatangan Thanos dalam Avengers: Infinity War, kemunculan sulung puak Skrulls dalam Captain Marvel dan barangkali misi terakhir buat Star-Lord dan teman-teman makhluk asing ekstremnya itu?

Bercakap kepada The Hollywood Reporter, beliau mengakui:

“Those scripts are already in the works. Kevin [Feige] and I talk about it all the time, we just had a meeting today. Discussing what is the next iteration of cosmic characters and where are the characters that we’ve already created going to go in the next batch of films.”

Apakah misteri di sebalik skrip yang dmaksudkan James Gunn itu? Adakah krew Ravagers atau anggota Guardians of the Galaxy asal (Martinex, Charlie-27, Aleta Ogord, Mainframe, Krugarr) yang diterajui Stakar Ogord lakonan Sylvester Stallone bakal mendapat filem spin-off mereka sendiri? Atau mungkin filem solo Adam Warlock setelah pengarah tersebut sahkan watak itu hanya akan muncul semasa filem ketiga dan bukannya dalam Avengers: Infinity War?

Terdapat idea dan watak-watak kosmik Marvel yang masih belum diperkenalkan lagi ke dalam MCU seperti Beyonder, Annhilator, Living Tribunal, Galactus, Silver Surfer dan dan banyak lagi.

Apa pula pendapat dan pandangan anda? Nyatakan seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah.

Last modified: August 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *