Green Lantern Bakal Kehilangan Tangan dalam Komik BATMAN DARK NIGHTS: METAL?

189

Written by:

Asal ada jalan cerita besar, mesti ada yang putus tangan.

Baru-baru ini, kita telah diperlihatkan dengan untuk dua kulit muka hadapan untuk komik-komik susulan dari siri terbaharu DC Comics, Dark Nights: Metal.

Ia menampilkan beberapa versi jahat Batman yang telah merasuk ke dalam jasad kesemua anggota Justice League menerusi Dark Multiverse. Dan dalam salah satu komik tersebut yang berjudul Batman: The Murder Machine #1 karya Frank Tieri dan Ricardo Federici, terdapat satu paparan besar lagi memeranjatkan dan semestinya menarik perhatian kita semua!

Apabila dilihat dengan lebih teliti ilustrasi kulit muka hadapan oleh Jason Fabok itu (termasuk versi hitam dan putih tanpa warna), kita dapat saksikan yang Hal Jordan/Green Lantern telah kehilangan hampir keseluruhan tangan kanannya.

Biarpun ada interpretasi dan teori lain mengatakan imej tangan beliau sebenarnya terselindung di sebalik kepulan asap yang keluar dari corong jentera Murder Machine, harus diingat bahawa Hal Jordan akan sentiasa memakai cincin keramat Green Lantern miliknya itu di pada jari tangan sebelah kanan.

Satu-satunya waktu dan ketika beliau mengenakan cincin tersebut di bahagian tangan kiri adalah apabila beliau meakai cincin milik Sinestro Corps pada isu Green Lantern #65 (2011) dalam jalan cerita ‘War of the Green Lanterns’.Sehingga kini, tiada seorang pun wakil rasmi dari DC Comics tampil memberi sebarang kenyataan rasmi berkenaan imej tersebut.

Ilustrasi tersebut turut menyaksikan anggota-anggota Justice League yang lain iaitu Cyborg, Superman, Wonder Woman dan Flash telah terkena tembakan laser pihak musuh yang berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan serius atau maut. Selain dari ‘putus tangan’, Green Lantern juga dilihat mengenakan alat anggota sokongan (leg brace) pada bahagian kaki kirinya dan mudah-mudahan kaki kanannya itu hanya aksi bersimpuh dan bukan terputus juga!

Batman: The Murder Machine #1 akan berada di pasaran pada 27 September, 2017.

Ini bukan kali pertama DC Comics telah mengorbankan tangan adiwira mereka. Ia pernah dilakukan dalam beberapa naskah komik sebelum ini kepada watak-watak lain seperti Green Arrow, Speedy, Aquaman dan juga Alfred.

 

Last modified: August 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *