Hasbro Sahkan Produksi Rasmi Telah Bermula untuk Filem Animasi Baharu TRANSFORMERS!

144

Written by:

AnimasiFilemSemasaTV

Ini ada perkembangan terkini dari Cybertron.

Menurut beberapa sumber yang kami himpun di internet hari ini, sebuah filem animasi terbaharu Transformers kini sedang fasa produksi aktif dan dibangunkan oleh Hasbro untuk tayangan umum di pawagam seluruh dunia.

Maklumat tersebut telah disahkan semasa berlangsungnya Hari Pelabur Tahunan Hasbro hari ini.

Boulder Media Studio, sebuah syarikat perfileman milik Hasbro akan memantau dan menguruskan produksi projek tersebut dan dalam masa yang sama membangunkan filem animasi My Little Pony and Stretch Armstrong. Tidak ada sebarang maklumat lanjut tentang tarikh tayangan rasmi filem animasi Transformers itu tetapi pihak Hasbro telah mengesahkan yang ia akan ditayangkan setiap tahun selepas filem sulungnya keluar kelak!

Akan tetapi, filem-filem animasi tersebut bakal disandarkan kepada kontinuiti dan Semesta File Aksi Hidup yang pernah dihasilkan Michael Bay sebelum ini. Walaupun dengan hasil kutipan box office untuk Transformers: The Last Knight yang memberangsangkan, ramai peminat tetap beranggapan bahawa sebenarnya pengarah Armageddon dan Pearl Harbour itu telah ‘merosakkan’ francais permainan robot tersebut sejak selepas filem sebelumnya lagi.

Apa pula pendapat dan pandangan anda? Nyatakan seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Last modified: August 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *