Filem Solo THE FLASH Bakal Tampilkan WONDER WOMAN sebagai Watak Sampingan Utama?

192

Written by:

Forbes telah menyiarkan sebuah artikel menarik yang amat mantap mengenai prestasi box-office luarbiasa Wonder Woman.

Memang ternyata sebuah bacaan berguna untuk setiap peminat tetapi apa yang lebih mengujakan di sini adalah perenggan terakhir pada entri tersebut yang wajar diberi perhatian lebih serius.

Dalam meneliti dan menganalisa masa depan francais adaptasi aksi hidup Puteri Amazon itu, sumber di atas turut melaporkan bahawa kita bukan sahaja dapat menyaksikan beliau beraksi semula dalam filem sekuel solonya sekali lagi menjelang tahun 2019 tetapi juga dalam filem The Flash yang kini sudah berjudul rasmi iaitu Flashpoint!

Memetik tulisan artikel tersebut:

 “Gadot is also expected to reprise her role as Wonder Woman in the upcoming production of ‘Flashpoint’, which will be Flash’s solo movie but is also more of another superhero team-up featuring several additional DC superheroes. Flashpoint is currently scheduled to release in 2020. So we’ll see Wonder Woman twice this year, again in 2019, and in 2020. That’s an average of one appearance every year, and it means Wonder Woman could potentially appear in as many different films as Batman will over the course of the next few years in the DCEU.”

Satu lagi butiran penting yang perlu kita beri perhatian berdasarkan pendedahan di atas adalah tentang tarikh tayangan rasmi Flashpoint yang telah disasarkan pada tahun 2020 termasuk maklumat yang menyatakan kemunculan adiwira-adiwira DC Comics lain.

Cyborg merupakan salah satu watak penting yang perlu ada di dalam filem itu berdasarkan siri komik Flashpoint (2011).

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada November 17, 2017.

Last modified: August 5, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *