Tonton Treler Rasmi Sulung untuk Remake Filem Klasik DEATH WISH!

132

Written by:

Awas penjenayah durjana di mana jua anda berada!

Bruce Willis hadir dengan jelmaan semula watak Charles Bronson sebagai Dr. Paul Kersey dalam filem remake klasik, Death Wish arahan Eli Roth (Cabin Fever, Hostel, Knock Knock).

Dalam video treler untuk filem yang sememangnya padat dengan aksi ini, teraju utama cerita tersebut mengalami kehilangan amat tragis apabila isterinya telah dibunuh kejam oleh penceroboh kediaman mereka. Beliau akhirnya berkeputusan untuk mengambil tindakan di atas tangannya sendiri apabila dapat mengubah rasa dukacitanya itu kepada dendam kesumat yang marak menyala dan memburu kesemua suspek yang telah mengorbankan nyawa keluarganya yang tercinta.

Dr. Paul Kersey akhirnya secara tidak langsung telah meletakkan dirinya betul-betul di antara persimpangan kemelut jenayah bandar Chicago dan menggunakan kerjayanya sebagai pakar bedah untuk mengenalpasti siapakah mangsa sekaligus melunaskan dendam bagi pihak mereka.

Biarpun teman dan kenalan rapat beliau telah mengingatkannya supaya membiarkan sahaja semua itu kepada pihak polis, beliau dengan bersahaja menjawab:

“Somebody has to do it..”

Tonton treler rasmi sulung filem remake Death Wish terbaharu dan juga yang asal di bawah ini:

Death Wish akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 November, 2017.

Last modified: August 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *