LEGO Bakal Lancarkan Set Voltron Klasik Ciptaan Pereka yang Beroperasi di Malaysia!

100

Written by:

Hari ini hari gembira untuk peminat LEGO dan Voltron seluruh alam maya dan fana.

Salah satu projek terkini LEGO Ideas yang telah diluluskan untuk produksi serta jualan tidak lama lagi adalan sebuah set klasik Voltron: Defender of the Universe yang terdiri daripada lima robot singa berasingan yang dapat bergabung dan membentuk Voltron. Rekaan tersebut adalah amat mirip dengan rekaan siri animasi asal Voltron yang disiarkan dari tahun 1984 hingga 1985.

Ini merupakan satu lagi produk kreatif yang terhasil dari program LEGO Ideas. Ia menggalakkan peminat-peminat LEGO seluruh dunia untu merekacipta serta menghantar hasil ilham mereka untuk undian komuniti online secara terbuka. Mana-mana projek yang menerima lebih daripada 10,000 undian akan diberi ‘lampu hijau’ untuk sesi reviu oleh Lembaga Reviu Ibu Pejabat LEGO. Sekiranya ia diluluskan, rekaan tersebut akan terus secara rasmi masuk ke fasa produksi dan seterusnya sedia untuk jualan pada tahun berikutnya.

LEGO Voltron itu sebenarnya telah dihasilkan oleh seorang jurutera perisian asal Filipina kini beroperasi di Malaysia berusia 41 tahun bernama Leandro Tayaga. Dalam satu wawancara bersama LEGO Ideas blog, beliau telah mendapat idea untuk rekaan tersebut hampir dua tahun lalu tetapi berehat seketika daripada projek yang diusahakannya kerana tidak dapat membentuk rekaan kepala singa robot seperti yang diilhamkan.

Ia hanya mengambil masa selama 22 hari untuk melepasi kuota 10,000 undian yang dikehendaki. Selepas itu Leandro Tayag telah menjadi “selebriti segera” di kalangan penggemar dan pengikut Voltron (terutama sekali apabila Netflix juga turut melancarkan siri animasi revival pada Voltron tahun lalu). Beliau sebenarnya dalam perjalanan ke LEGOLAND Malaysia apabila undian tersebut mencecah angka 10,000.

Voltron ciptaannya itu terdiri daripada 2,100 buah bongkah indvidu LEGO. Ia diramalkan akan berada di pasaran menjelan tahun 2018.

Last modified: August 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *