Penakluk Kree Dijangka Muncul Semula dalam Musim Ke-5 AGENTS OF S.H.I.E.L.D!

126

Written by:

KomikSemasaTV

Apakah semua ini akan menjurus kepada kehadiran mereka secara besar-besaran dalam filem Captain Marvel kelak?

Nampaknya kita boleh bersiap-sedia untuk kemunculan semula watak penakluk makhluk asing Kree dalam musim terbaharu Agents of S.H.I.E.L.D. yang akan datang. Pelakon Chloe Bennet (Quake) telah berkongsi sebuah video yang memaparkan beliau sedang “berseronok-seronok” di set penggambaran bersama Natalia Cordova Buckley (Yo-Yo) dan Elizabeth Henstridge (Simmons).

Demi membuktikan bahawa pihak Kree akan hadir semula dalam siri televisyen popular terbitan Marvel dan ABC Studios terseut, kita dapat melihat penampakan seorang pelakon sedang berjalan di latar belakang dan lengkap berseragam sebagai makhluk asing berkulit biru yang berasal dari Planet Hala itu.

Pihak Kree pernah membuat penampilan dalam beberapa episod Agents of S.H.I.E.L.D. sebelum ini tetapi masih tidak ada sebarang jalan cerita yang memberi fokus kepada mereka. Apakah ini semua bakal berubah apabila siri televisyen tersebut kembali bersiaran pada awal tahun hadapan?

Dua watak Kree pernah membuat penampilan sulung dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) menerusi kemunculan Korath the Pursuer dan Ronan the Accuser lakonan Lee Pace menerusi filem Guardians of the Galaxy (2014).

Anda dapat lihat kelibat pelakon Kree tersebut menerusi akaun Instagram rasmi milik @chloebennet DI SINI.

Last modified: August 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *