Tonton Treler Rasmi Sulung untuk Siri Televisyen NARCOS Musim ke-3!

123

Written by:

SemasaTV

Netflix baharu sahaja melancarkan sebuah treler rasmi untuk musim terbaharu drama kisah benar tentang kartel dadah antarabangsa, Narcos.

Biarpun pemburuan besar-besaran untuk menumbangkan Raja Dadah Colombia iaitu Pablo Escobar sudah berakhir, pihak Agensi Anti-Dadah Amerika Syarikat (DEA) telah mengubah perhatian serta misi mereka untuk memberkas Kartel Cali yang dikuasai oleh empat individu sangat berkuasa dan amat kejam.

Mereka terdiri daripada Gilberto Rodriguez Orejuela (Damian Alcazar) selaku Ketua Kartel Cali, Miguel Rodriguez Orejuela (Francisco Denis) selaku strategis utama Kartel Cali merangkap abang kepada Gilberto, Pacho Herrera (Alberto Ammann) iaitu seorang pembunuh upahan yang mengurus jualan dadah di Mexico termasuk pengedaran seluruh dunia dan juga Chepe Santacruz Londono (Pepe Rapazote) yang menguasai empayar dadah untuk operasi di bandaraya New York .

Antara pelakon baharu untuk musim kali ini adalah Jorge Salcedo (Matias Varela) selaku ketua turus keselamatan Kartel Cali yang mementingkan perlindungan keluarganya sendiri berbanding majikannya, Agen DEA Chris Feistl (Michael Stahl-David) dan Daniel Van Ness (Matt Whelan) yang turut serta dalam operasi dengan penuh semangat tetapi kurang berpengalaman, Franklin Jurado (Miguel Angel Silvestre) selaku pelobi wang kartel yang meletakkan nyawa isterinya Christina (Kerry Bishe) dalam bahaya serta David Rodriguez (Arturo Castro) sebagai anak sulung Miguel yang enggan berperanan sebagai penggerak utama dalam organisasi kartel tersebut.

Pedro Pascal turut kembali sebagai teraju utama untuk melakonkan watak Agen DEA, Javier Peña.

Tonton treler rasmi sulung Narcos Musim Ketiga tersebut di bawah ini:

Narcos Musim Ketiga akan disiarkan secara serentak di seluruh dunia menerusi saluran Netflix pada 1 September, 2017.

Last modified: August 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *