Vin Diesel Bakal Terbitkan Reboot Siri Televisyen MIAMI VICE untuk NBC!

118

Written by:

FilemSemasaTV

Miami Vice akan kembali bersiaran di kaca televisyen tidak lama lagi!

Terima kasih kepada Vin Diesel yang cukup popular sebagai Dominic “Dom” Toretto menerusi francais filem Fast & Furious, beliau sendiri akan bertindak sebagai penerbit eksekutif untuk revival tersebut yang dikhabarkan sudah mula digerakkan sejak beberapa bulan lalu di Universal Television serta dirancang untuk bersiaran di saluran NBC (rangkaian televisyen yang menyiarkan siri asalnya pada tahun 1984).

Siri asal Miami Vice bersiaran selama lima musim di NBC bermula 1984 hingga 1989 dan dibintangi oleh duo detektif Don Johnson sebagai James “Sonny” Crockett serta Philip Michael Thomas sebagai Ricardo “Rico” Tubbs yang berkhidmat untuk Jabatan Polis Miami Metro-Dade. Siri televisyen ini menjadi kegemaran ramai pada zaman kegemilangannya kerana mempunyai visual serba unik dan penggunaan muzik yang diintegrasi secara mantap menerusi babak-babak aksi untuk setiap episod.

Ia turut menggondal empat Anugerah Emmy pada tahun 1985.

Menurut sumber The Hollywood Reporter, projek tersebut akan menyaksikan Vin Diesel bergandingan bahu semula dengan Chris Morgan, penulis lakon layar untuk setiap filem Fast and Furious sejak The Fast and the Furious: Tokyo Drift

Ia pernah mendapat sentuhan reboot ke layar pawagam menerusi filem arahan Michael Mann (Blackhat, Public Enemies, Ali, Last of the Mohicans) yang dibintangi Colin Farrell and Jamie Foxx pada tahun 2006.

Last modified: August 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *