Filem CAPTAIN MARVEL Bakal Tampilkan Kelibat Mar-Vell dan Seragam Asal Ms. Marvel?

185

Written by:

Bersedialah untuk kemunculan Captain Marvel!

Semasa berlangsungnya acara San Diego Comic-Con (SDCC) baru-baru ini, ada beberapa kejutan telah didedahkan kepada kita semua berkenaan filem Captain Marvel dan ia pernah kami laporkan DI SINI.

Dan pada hari ini berdasarkan sumber risikan The MCU Exchange, kami telah berjaya memperolehi perkembangan terbaharu yang pastinya akan menggembirakan dan menghadirkan rasa teruja kepada peminat-peminat setia komik Marvel dan Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Menurut sumber di atas, adiwira berketurunan Kree iaitu Mar-Vell (versi asal Captain Marvel) akan membuat kemunculan sulungnya di dalam filem tersebut. Walaupun tiada butiran lanjut yang mengatakan beliau akan turut hadir sebagai alter-egonya Dr. Walter Lawson, ramai telah meramalkan watak tersebut akan terbabit dengan kemalangan ‘Psyche-Magnitron’ yang memberikan Brie Larson kuasa luarbiasanya!

Kemalangan itu bertanggungjawab mengubah struktur genetik Carol Danvers lakonan pemenang Anugerah Academy menerusi filem Room (2016) itu dan langsung menjadi adiwira luarbiasa separa Kree/separa manusia. Ini menjelaskan mengapa watak tersebut tidak mengalami sebarang proses penuaan kerana ia akan berlangsung pada tahun 90an sebelum muncul dalam Avengers 4 pada tahun 2019.

Sebagai bonus, draf awal untuk skrip Captain Marvel turut melaporkan akan memaparkan fasa awal beliau sebagai Ms. Marvel. Maka sudah pastinya kita dapat menjangkakan sekurang-kurangnya satu versi seragam klasik tersebut apabila ia ditayangkan kelak.

Harus diingat, ini semua hanya berita khabar angin dan belum rasmi. Tetapi tetap rasional dengan sumber-sumber lain yang kami terima sejak beberapa minggu lalu.

Apa pendapat anda pula? Nyatakan pandangan anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah ini.

Last modified: August 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *