CW Masih Belum Ada Rancangan Lengkap untuk Siri TV AMAZON, Prekuel kepada Filem WONDER WOMAN!

80

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Ini ada berita mutakhir untuk semua peminat-peminat Diana Prince.

Suatu masa dulu sebelum filem Wonder Woman berjaya menggegar dan mendapat kutipan box-office lumayan di layar pawagam, pihak studio CW mempunyai rancangan untuk membangunkan siri televisyen Amazons yang bakal bertindak sebagai sebuah cerita prekuel.

Perkembangan siri televisyen tersebut bergerak agak perlahan dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk dibangunkan secara progresif dan dilaporkan menjadi sebuah projek keutamaan yang mahu dilaksanakan oleh CW dan DC Entertainment.

Namun begitu dalam perkembangan terbaharu yang diterima hari ini, lain pula ceritanya.

Pengumuman yang dibuat menerusi akaun Twitter rasmi milik Jarett Wieselman merangkap wakil Persatuan Media Pengkritik Televisyen (Television Critics Association Press) semasa pertemuan panel dengan pihak The CW/DC Entertainment telah rasmi ‘membekukan’ projek siri televisyen Amazon tersebut.

Ini adalah berkemungkinan besar disebabkan oleh kejayaan luarbiasa dan memberangsangkan untuk filem Wonder Woman baru-baru ini.

Apa pendapat dan pandangan anda pula? Komen seperti biasa dalam ruangan di bawah.

Last modified: August 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *