Jessica Chastain Sahkan Peranan sebagai Maharani Shi’ar Lilandra Neramani dalam X-MEN: DARK PHOENIX!

144

Written by:

Khabar angin itu rupa-rupanya adalah benar sama sekali!

Jessica Chastain telah mengesahkan bahawa beliau akan berlepas ke Montreal, Kanada untuk memulakan penggambaran prinsipal bagi filem X-Men: Dark Phoenix arahan Simon Kinberg tidak lama lagi.

Pada bulan Jun lalu, sumber dari The Hollywood Reporter ada melaporkan yang calon pelakon Anugerah Academy itu sedang dalam perbincangan akhir untuk melakon watak antagonis dari Empayar Shi’ar Majestrix iaitu Maharani Lilandra Neramani. Malah Jessica Chastain sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai niat yang “tidak baik” terhadap X-Men menerusi entri terbaharu dalam akaun Instagram rasmi miliknya di bawah ini.

Seperti yang ramai peminat dan pengikut setia komik-komik X-Men sedia maklum, Lilandra Neramani dan Charles Xavier akhirnya akan menjalinkan ikatan cinta yang serius. Maka akan pasti kita juga mahu melihat perkara yang sama terjadi di layar pawagam kelak.

Hey @jamesmcavoyrealdeal you ready for me up in Montreal? Im gonna make you cry so hard 😈 #xmen @simondavidkinberg

A post shared by Jessica Chastain (@jessicachastain) on

Last modified: August 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *