STAR WARS: EPISODE IX Bakal Ditulis Semula untuk Mantapkan Lagi Jalan Cerita!

124

Written by:

Berita ini baharu mendarat pagi tadi.

The Hollywood Reporter memperolehi sumber maklumat bahawa Lucasfilm & Walt Disney Studios telah membawa masuk pengarang dan penulis lakon layar teater dan filem Jack Thorne untuk menulis semula skrip untuk episod kesembilan dalam francais saga Star Wars mereka yang kini hanya dikenali dengan judul berlabel Episode IX.


Masih belum dapat dipastikan seberapa banyak ekstensif skrip itu akan ditulis semula tetapi Jack Thorne hanya mempunyai tempoh beberapa bulan sebelum produksi dan penggambaran bermula pada Januari 2018.

Pengarah Colin Trevorrow (Jurassic World, Jurassic World: Fallen Kingdom) dan penulisnya yang akrab, Derek Connolly sudah pun menulis skrip awal untuk filem tersebut tetapi jelas sekali duo tersebut memerlukan sepasang mata dan minda lebih “segar” demi untuk memantapkan lagi jalan cerita untuk penutup trilogi kali ini.

Sumber di atas juga menyebut Daisy Ridley, John Boyega, Adam Driver dan Oscar Isaac semuanya diramal akan muncul semula untuk Episode IX dengan syarat tiada siapa pun yang terkorban dalam Star Wars: The Last Jedi menjelang Disember ini. Malah legenda francais ini iaitu Mark Hamill juga turut dijangka akan hadir buat kali penghabisan sebagai Mahaguru Jedi, Luke Skywalker.

Apa pendapat dan pandangan anda tentang perkembangan terbaharu ini? Nyatakan seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Star Wars: Episode IX akan berada di pawagam seluruh dunia pada 24 Mei, 2019.

Last modified: August 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *