Pengarah Lakon Suara Animasi Prolifik, Andrea Romano Umumkan Persaraan!

110

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasaTV

Jika anda seorang peminat tegar dan pengikut setia industri animasi antarabangsa, pasti anda kenal siapakah Andrea Romano.

Portfolio serta resumé mantap beliau selaku pengarah pelakon suara untuk Batman: The Animated SeriesBatman Beyond, Justice League, Avatar: The Last Airbender dan puluhan lagi projek filem dan siri animasi televisyen memang mengagumkan. Dan pada hari ini, veteran industri berusia 61 tahun itu telah mengumumkan persaraan secara rasmi daripada lapangan yang telah banyak menaikkan nama beliau sebelum ini.

Dalam satu kenyataan rasmi kepada pihak media, beliau secara peribadi dan emosional mengakui:

“I shall miss so many aspects of this industry.. particularly the people I’ve worked alongside and all the fun that happens on both side of the glass. From the bottom of my heart, I extend my sincere gratitude to every actor, producer, director, engineer and colleague that has helped make this run so incredible.”

Bermula dengan siri animasi Disney Ducktales (1987), pengalaman selama 30 tahun dalam industri telah menyaksikan Andrea Romano memantau lebih 10,000 sesi rakaman suara pelakon sehingga dapat menghasilkan katalog luarbiasa sebanyak lebih 1600 episod untuk televisyen dan penghasilan 20 permainan video!

Dengan pencalonan 35 Anugerah Emmy sepanjang karier profesionalnya, beliau berjaya merangkul 8 buah trofi.

Selain televisyen dan permainan video, Andrea Romano juga pernah menyumbangkan kepakarannya untuk 23 buah projek filem animasi DC yang antaranya adalah Batman: Under the Red HoodSuperman/Batman: Apocalypse, Batman: The Dark Knight Returns dan banyak lagi. Biarpun sebelum ini pernah menyatakan untuk bertahan dan berkarya bagi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi, diagnosis neuropati optik telah mengesahkan beliau hampir kehilangan keupayaan melihat sebelah mata sekaligus mengakibatkan beliau terpaksa bersara awal.

“Doing this job.. working with all these wonderful people has been my ultimate blessing. I couldn’t have hoped to spend the past three decades with a better group. I’ve truly been the luckiest person on Earth.”

Projek terakhir beliau adalah untuk Musim Ketiga Voltron: Legendary Defender yang bakal disiarkan oleh Netflix pada tanggal 4 Ogos, 2017 ini.

Last modified: August 1, 2017

2 Responses to " Pengarah Lakon Suara Animasi Prolifik, Andrea Romano Umumkan Persaraan! "

  1. KhairulAdam says:

    hmmm ni nk bagi cadangan..boleh tak kalau admin tukarkan font ni sbb susah sikit nk baca kalau guna laptop atau pc..dia halus sngt..#hanyapandangan 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *