Bintang Popular WWE, John Cena Kini Rasmi Teraju Utama Filem BUMBLEBEE!

147

Written by:

Selamat datang ke Semesta Sinematik Baharu Transformers.

Menurut sumber yang dipetik dari THR, bintang popular dan jaguh WWE John Cena (The Marine, Trainwreck) dengan rasmi telah menandatangani kontrak untuk membintangi filem spin-off Bumblebee pada tahun hadapan. Filem itu juga akan hadir dengan tarikh tayangan rasmi baharu yang dijangkakan bakal bersaing dengan filem adaptasi komik Aquaman arahan James Wan.

Filem tersebut pada asalnya dirancang untuk tayangan 8 Jun, 2018 tetapi kini sudah dialihkan pada tarikh baharu 21 Disember, 2018 iaitu hari dan tarikh tayangan yang sama untuk filem Aquaman.

Masih belum ada butiran lanjut dan rasmi untuk nama watak serta peranan John Cena dalam filem ini. Namun begitu, kami berjaya memperolehi sinopsis plot untuk Bumblebee yang digambarkan sebagai sebuah prekuel kepada semua filem-filem Transformers arahan Michael Bay sebelum ini:

“The story is set in the year 1987, where Bumblebee finds refuge in a junkyard in a small Californian beach town. Charlie (Hailee Steinfeld), on the cusp of turning 18 and trying to find her place in the world, discovers Bumblebee, battle-scarred and broken. When Charlie revives him, she quickly learns this is no ordinary, yellow VolksWagen bug.”

Apa pendapat anda tentang pemilihan John Cena sebagai teraju utama filem ini? Komen seperti biasa menerusi ruangan yang disediakan di bawah ini.

Last modified: August 1, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *