Lihat Pandang Pertama Watak Domino lakonan Zazie Beetz dalam DEADPOOL 2!

166

Written by:

Satu lagi watak baharu telah didedahkan dan ‘terdedah’.

Ryan Reynolds telah berkongsi pandangan pertama dan imej sulung Zazie Beetz sebagai watak baharu bernama Domino yang bakal membuat kemunculan dalam filem sekuel Deadpool 2 pada awal hari ini. Beberapa jam selepas itu, sebuah lagi imej promosi rasmi telah diperlihatkan oleh pihak studio buat tatapan kita semua dengan watak tersebut lengkap berseragam (dan agak menjolok mata!).

Mari kita lihat imej pertama di bawah ini:

Imej pertama yang didedahkan telah membuatkan ramai peminat setia mengandaikan bahawa warna bulat putih yang berada dikeliling mata kiri Domino bukanlah tatu tetapi panau (vitiligo)!

Dan dengan pandangan yang lebih dekat, teori tersebut nampaknya boleh diguna-pakai walaupun warna bulat putih itu telah ditukar dari warna bulat hitam seperti dalam versi komik asalnya. Walaupun terdapat sedikit kritikan dan kecaman peminat komik terhadap perubahan tersebut, diharap dengan pendedahan imej promosi rasmi kedua di bawah ini akan dapat menenangkan perasaan dan emosi mereka.

Apa pula pendapat dan pandangan anda? Komen seperti biasa dalam ruangan di bawah.

DomiYAASSS #Domino 🖤

A post shared by Zazie (@zaziebeetz) on

Deadpool 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 1 Jun, 2018

Last modified: August 1, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *