Henry Cavill dan Chris McQuarrie Perjelas Kontroversi Isu ‘Superman Bermisai’!

166

Written by:

Misai.. Oh, Misai..

Dalam perkembangan terkini yang tular minggu lalu, Warner Bros. dikhabarkan telah menghabiskan sebanyak lebih USD$25 juta untuk sesi penggambaran semula filem Justice League. Biarpun ini merupakan sebuah laporan agak menggemparkan, ia tidaklah segempar kontroversi isu ‘Superman bermisai’ yang sama sekali telah membuatkan peminat tidak keruan!

Pelakon utama, Henry Cavill perlu membela misai tersebut untuk wataknya dalam filem kumpulan perisik elit yang dinanti ramai iaitu Mission: Impossible 6 dan ini sama sekali memaksa beliau untuk terus memyimpan misau tersebut sepanjang sesi penggambaran semula tersebut. Maka dengan itu, pakar-pakar visual kesan khas (VFX) berkemahiran tinggi perlu mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk ‘membuang’ misai tersebut daripada sebarang babak kemunculan Superman yang sedang dalam proses penggambaran atau masih menanti sesi penggambaran.

Rentetan itu, pihak Business Insider telah mengambil inisiatif untuk terus menghubungi syarikat VFX yang bertanggungjawab di atas tugasan tersebut iaitu The Mill untuk mengetahui leibih lanjut tentang proses ektensif ‘mencukur misai’ tersebut secara digital semasa fasa pasca produksi kelak.

Bercakap kepada pereka VFX 2D utama Anne Trotman, mereka mengatakan ianya adalah sesuatu yang biasa dan lazim dilakukan dalam industri filem moden terutamanya di Hollywood:

Yes! It’s very common to be asked, particularly on beauty projects. Sometimes celebrities might be shooting a commercial, but need to keep their facial hair for a film, so can’t shave on set. Also for different global markets these days some clients need alt versions.

Dari sudut perspektif 2D,  beliau turut menambah ianya tidaklah serumit yang disangka:

We are using grading techniques as it’s not that imposing. If it was on a man, we paint a clean top lip and track that onto the face. If the head moves in perspective, this would need to be achieved with 3D and 2D techniques. If the talent is facing the camera straight-on, we can use 2D techniques. 

Manakala menurut ketua pereka VFX 3D Dave Fleet, berbeza pula ceritanya. Ini kerana ia akan melibatkan penjanaan semula wajah pelakon secara digital yang ternyata lebih rumit dan mencabar:

“Smoothing out tiny vellus hairs on the skin requires a totally different approach to removing a large volume of hair, like a beard or mustache. If we were to remove a beard we would have to digitally re-build the actor’s face behind the hair mass. We would need to build a 3D model of the face and then shade the surface of the skin to look realistic. We would then need to track the 3D model to the movement of his head and potentially re-animate his mouth. The amount of lip animation would depend on how much of the original beard occluded his lips. We would need to paint out the parts of the beard that extend beyond his shaven face.”

Ternyata tekanan tarikh akhir dan tempoh tamat suntingan yang begitu menghimpit adalah cabaran terbesar buat mereka. Ini kerana pada kebiasaannya tugas seperti ini hanya boleh disiapkan dalam masa 8 bulan. Tambah mereka lagi:

One week just to make the 3D elements; then another three weeks to track, animate and render the shaven face; and another two weeks to composite it all together.

Sementara itu Henry Cavill dan pengaran Mission Impossible 6, Chris McQuarrie masing-masing telah memberikan respon kepada kontrovesi ‘Superman bermisai’ pada minggu lalu secara santai serta berseloroh menerusi akaun Twitter dan Instagram rasmi milik mereka:

Dear followers, it is time to finally set the record straight in this moustache fiasco. Pictured above, is not a set on MI6 but is in fact the latest in a series of weapons being designed by Warner Bros and Paramount Studios to combat the entity known as “Henry Cavill’s Moustache”. There has been no discussion over whether to shave or not to shave for the JL reshoots, simply a relentless campaign to put an end to the seemingly inexorable conquest of this despotic ‘stache. It is not a question of IF I should shave – it is a question of how can we possibly be victorious against such a beast without bringing our own doom raining down upon us. #MI6 #JusticeLeague #HenryCavillsMoustache #HopeIsAllWeHaveLeft #MoustacheImpossible

A post shared by Henry Cavill (@henrycavill) on

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017. Manakala Mission: Impossible 6 pula bakal ditayangkan pada 27 Julai, 2018

Last modified: August 1, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *