Barry Allen Akhirnya Tampil Berseragam Baharu dalam THE FLASH Musim ke-4!

199

Written by:

KomikSemasaTV

Ini ada berita baik untuk semua peminat siri televisyen The Flash terbitan CW.

Kemaskini untuk seragam adiwira terpantas DC Comics yang dinanti-nantikan ramai pengikut setia akhirnya hadir jua dalam musim terbaharu siri televisyen The Flash. Musim Ketiga telah melihat watak utama tersebut menziarahi masa hadapan dan memperlihatkan seragam serba baharu yang mantap dan nampaknya Barry Allen bakal mengenakan seragam tersebut tidak lama lagi.

Seperti yang dapat kita saksikan kelak, beberapa foto yang diambil dari set penggambaran telah membuktikan bahawa seragam tersebut semakin lama semakin menghampiri rekaan seragam sama menerusi naskah komiknya!

Green Arrow telah mendapatkan persalinan yang sama beberapa tahun sebelum ini dan ia sangat bertepatan apabila The Flash mendapat kemaskini yang serupa kerana satu-satunya perubahan yang dapat kita lihat untuk tiga musim terdahulu hanyalah pada logo.

Selepas kepulangan beliau dari dunia Speed Force, adalah wajar Barry Allen memiliki imej baharu demi menandakan status quo yang lebih segar untuk siri televisyen kegemaran ramai itu. Termasuk lebih ramai watak antagonis lebih mencabar dan hebat akan muncul.

Apa pula pendapat anda tentang perkembangan ini? Nyatakan seperti biasa menerusi ruangan komen.

Season 4 #TheFlash

A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on

Last modified: July 31, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *