Lihat Pandang Pertama Kesemua Anggota Lengkap AVENGERS 1,000,000 BC!

158

Written by:

Siapa sangka, adiwira-adiwira Marvel sudah lahir di muka bumi ini sejak berabad lamanya.

Selepas pendedahan bahawa kemunculan Avengers wujud lebih kurang 1,000,000 tahun sebelum masihi dalam salah satu pelan rancangan untuk Marvel Legacy, ramai yang ingin tahu siapakah yang bakal menjadi teras anggota utama kumpuan tersebut.

Dan akhirnya itu sema terjawab apabila Black Panther, Starbrand, Phoenix, Iron Fist, Agamotto, Odin dan Ghost Rider hadir untuk merungkai segalanya. Dan pada hari ini, kelibat mereka semua diperlihatkan oleh Marvel dengan hasil ilustrasi oleh pelukis komik prolifik asal Brazil, Mike Deodato Jr. (Original Sin, Thanos, Star Wars).

Walaupun tampak seperti sesuatu yang tidak masuk akal dan canggung buat sesetengah peminat, imej yang dapat kita lihat ini sememangnya perlu diakui menarik. Apa yang perlu kita nantikan sekarang ini adalah apakah relevannya kewujudan mereka dalam fasa baharu Marvel Legacy yang bakal mendedahkan “asal-usul yang belum pernah didendangkan dalam Semesta Marvel sejak dari zaman dahulu kala”.

Lihat ketujuh-tujuh anggota Avengers 1,000,000 BC tersebut di bawah ini:

Marvel Legacy #1 akan berada di pasaran pada 27 September, 2017.

Last modified: July 29, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *