Tonton Treler Rasmi Versi Terbaharu untuk Filem ‘IT’ Karya Stephen King!

102

Written by:

Seram. Memang seram.

Hanya dalam tempoh lebih kurang dua bulan, filem versi terkini dan adaptasi novel thriller seram terlaris karya novelis tersohor Stephen King berjudul IT akan mula merasuk ke dalam semua pawagam seluruh dunia.

Dan sebentar tadi, sebuah treler baharu telah mula ditularkan menerusi laman Twitter rasmi filem tersebut.

Pada kali ini, kita dapat mengetahui lebih banyak lagi tentang The Losers’ Club serta misi mereka untuk mengakhiri ancaman serta kekacauan berzaman lama yang hadir menerusi kelibat badut pembunuh dengan nama Pennywise di sebuah pekan terpencil.

Malah penampakan Pennywise juga semakin menggerunkan serta buat pertama kalinya, kita dapat mendengar suara beliau yang mengumpan kanak-kanak dengan belon merah.

Lihat treler baharu tersebut di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi filem di atas:

“A group of young kids face their biggest fears when they seek answers to the disappearance of children in their hometown of Derry, Maine. They square off against an evil clown named Pennywise, whose history of murder and violence dates back for centuries.”

IT akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 September, 2017.

Last modified: July 27, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *