Captain America Bunuh Seorang Lagi Watak Popular Marvel dalam Isu Terbaharu SECRET EMPIRE #7!

155

Written by:

Marvel memang bijak menyusun strategi untuk semua lapangan niaga dan platform dagangannya.

Baik dari perancangan menghasilkan filem, siri animasi, permainan video serta sudah tentu terutama sekali untuk judul-judul komik terbitannya.

Tidak kira apa pun perasaan atau respon anda tentang Kapten Steve Rogers yang kini sudah bertukar status kepada watak antagonis dalam dunia komik Marvel, Secret Empire hadir sebagai sebuah siri yang padat dengan kejutan-kejutan besar serta diiktiraf ramai sebagai kemajuan plot cerita amat membanggakan selepas Secret Wars (2015) dan Civil War II (2016).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Isu terbaharu kali ini terus menampilkan kejutan lebih besar dan mendebarkan apabila rancangan Black Widow dan Spider-Man versi Miles Morales untuk membunuh Kapten Steve Rogers tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Semasa operasi tersebut berlangsung, Agen Natasha Romanova telah terkena serangan amat teruk sehingga menyebabkan beliau patah tengkuk dan sekaligus meragut nyawanya secara serta merta!

Lebih menyayat hati dan sadis, Kapten Steve Rogers versi ketua turus Hydra ini turut membayangkan ajal untuk Black Widow dalam isu ini semasa perbualannya dengan Sharon Carter.

Menyaksikan apa yang telah dilakukan oleh Kapten Steve Rogers terhadap Black Widow, Miles Morales telah ‘mengamuk’ dan bertindak agresif dengan meretakkan perisai Kapten Steve Rogers serta hampir sahaja membunuhnya. Tetapi beliau dan anggota The Champions yang lain akhirnya telah diberkas dan siri mini sekali lagi bersambung dengan satu lagi kejutan apabila Sam Wilson membuat keputusan untuk mengenakan searagam Captain America sekali lagi demi untuk menumbangkan ‘sahabat karib’ dan teman lamanya itu.

Nampaknya situasi memang semakin genting sekarang ini.

Tidak siapa tahu dan dapat menjangka bagaimana Kapten Steve Roger boleh ‘dipulihkan’ seperti sediakala. Teori daripada peminat memang banyak. Antara yang paling popular sekali adalah peranan kuasa mistik Kiub Kosmik yang akan mengembalikan semuanya dalam keadaan asal

Apa pula pendapat serta pandangan anda semua?

Nyatakan dalam ruangan komen di bawah ini seperti biasa.

Last modified: July 27, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *