Lihat Pandangan Lebih Dekat dan Jelas untuk Seragam Iron Spider dari Filem SPIDER-MAN: HOMECOMING!

264

Written by:

Penasihat visual kesan khas untuk filem Spider-Man: Homecoming, Dominik Zimmerle baru-baru ini telah bercakap dengan wakil dari portal Art of VFX dalam satu wawancara eksklusif.

Wawancara tersebut memberikan fokus kepada hasil kerja beliau untuk filem terbaharu dalam Semesta Sinematik Marvel tersebut. Bukan setakat berkongsi pengalaman dan cerita sepanjang penghasilan naskah di atas, beliau turut mendedahkan beberapa imej beresolusi tinggi tentang proses janaan visual kesan khas yang mana salah satu daripadanya melibatkan seragam baharu Iron Spider!

Gara-gara pendedahan deskripsi terperinci dan tertirisnya video treler semasa Ekspo D23 Disney dan SDCC 2017 baru-baru ini, ramai sudah sedia maklum bahawa Peter Parker akhirnya akan mengenakan seragam Iron Spider tersebut dalam filem Avengers: Infinity War arahan Joe dan Anthony Russo pada tahun hadapan.

Menurut Dominik Zimmerle, seragam tersebut hadir langsung dari konsep rekaan-rekaan awal untuk filem Spider-Man: Homecoming:

“The new Spider-Man suit was actually designed for one of the next installments of the MCU and models and textures were done by Framestore. We took over the asset and did the look based on provided Concept Art. The Vault itself was created from scratch by us. Our Concept Art department started from the closed outside look of it to define the graphical patterns and structure. Based on that we prepared simplified geometry and approached the interior look from an animation point of view, so how well we could create some more sophisticated opening animation with the available structure. The idea was to have a clean, high tech, presentation Vault for the new suit. It should appear distinctively “Stark” originated. Based on the feedback from the Studio we refined the interior structure and modeled, textured and look deved the Vault.”

Anda boleh baca wawancara lengkap tersebut DI SINI dan lihat beberapa perkongsian imej-imej beresolusi tinggi dari rekod simpanan visual kesan khas  filem Spider-Man: Homecoming di bawah ini:

Spider-Man: Homecoming masih lagi berada di pawagam seluruh dunia sekarang.

Last modified: July 27, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *