JAMES BOND 25 Umum Tarikh Tayangan Rasmi dan Barisan Penulis Skrip, Daniel Craig Bakal Kembali Kali Terakhir?

161

Written by:

Filem James Bond ke-25 bakal mencipta sesuatu yang bersejarah.

Tetapi selepas sambutan Spectre (2015) yang kurang memberangsangkan kerana reputasi Skyfall (2012) yang begitu tinggi, keterujaan untuk naskah kali ini akan hadir dengan cabaran tersendiri.

Walau bagaimanapun, filem tersebut tetap akan berjalan seperti yang dirancang dan akan ditayangkan pada 8 November, 2019 (mungkin lebih awal di Malaysia). Selain itu, turut disahkan kembali adalah penulis skrip untuk Casino RoyaleQuantum of SolaceSkyfall dan Spectre iaitu Neal Purvis and Robert Wade.

Penerbit veteran, Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli juga turut hadir semula untuk menerajui filem ini.

Masih belum ada khabar muktamad siapakah yang akan menjadi pengarah. Malah tiada juga sebarang pengumuman pelakon telah diuar-uarkan. Tetapi berdasarkan sumber The New York Times, pelakon empat buah filem James Bond sebelum ini iaitu Daniel Craig dilaporkan akan kembali sebagai Agen 007 dan dikatakan kali terakhir buat beliau.

Pendapat anda? Pandangan anda? Sila kemukakan seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Last modified: July 26, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *