Anne Hathaway Kini dalam Fasa Perbincangan Akhir untuk Membintangi Filem Aksi-Hidup BARBIE!

170

Written by:

Berita ini adalah untuk gadis-gadis di luar sana.

Baru-baru ini, pelakon Amy Schumer terpaksa digugurkan dari projek filem aksi hidup Barbie terbitan Sony Pictures kerana konflik penggambaran.

Akan tetapi studio tersebut langsung tidak membuang masa dan bertindak proaktif untuk mendapatkan pengganti beliau. Dikhabarkan bahawa pemenang Anugerah Academy, Anne Hathaway (Interstellar, The Dark Knght Returns, The Princess Diaries) kini sedang dalam perbincangan rasmi dan akhir untuk menjadi teraju utama bagi filem adaptasi kontemporari permainan patung ikonik oleh Mattel itu.

Berdasarkan sumber yang diperolehi dari The Tracking Board, Alethea Jones merupakan calon utama untuk berada di kerusi pengarah. Biarpun banyak perkara bakal berubah sejak Amy Schumer membuat keputusan meninggalkan projek filem di atas, Sony membayangkan adaptasi Barbie ini sebagai sebuah “komedi keluarga yang imaginatif” dengan filem-filem seperti Splash (1984), Big (1988) dan Enchanted (2007) sebagai rujukannya.

Anne Hathaway mula mencipta nama sebagai puteri Hollywood menerusi filem The Princess Diaries pada tahun 2001.

Barbie akan diterbitkan oleh Walter F. Parkes, Laurie MacDonald dan Amy Pascal untuk tarikh tayangan rasmi pada 29 Jun, 2018.

Last modified: July 25, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *