Lihat Poster Konsep Beresolusi Tinggi Eksklusif SDCC’17 untuk AVENGERS: INFINITY WAR!

262

Written by:

Marvel Studios telah menghabiskan lebih kurang 10 tahun untuk membina asas kukuh untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU) ke tahap yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Dan pada tahun hadapan, semuanya bakal ‘dimusnahkan’ dengan kehadiran filem Avengers: Infinity War, yang mana akhirnya Thanos telah menemui jalan untuk turun ke bumi. Kita telah menjadi saksi kepada tiga kepingan poster konsep filem tersebut secara berasingan sepanjang 48 jam lalu. Dan selepas berakhirnya acara Konvensyen Komik San Diego (SDCC) semalam, pelukis konsep Ryan Meinerding telah mendedahkan ketiga-tiga segmen poster tersebut dalam kualitinya yang asal dan sekaligus memberikan kita gambaran lebih jelas kelibat adiwira-adiwira Marvel berganding baru demi menentang Thanos dan panglima-panglima perang durjana Black Order.

Poster pertama menampilkan Captain America (Chris Evans), Falcon (Anthony Mackie), Black Widow (Scarlett Johansson), Vision (Paul Bettany), Scarlet Witch (Elizabeth Olsen), Thor (Chris Hemsworth), Loki (Tom Hiddleston), Star-Lord (Chris Pratt), Drax (Dave Bautista), Rocket (Rocket Raccoon) dan Groot (Vin Diesel).

Poster kedua pula memperlihatkan Thanos (Josh Brolin) dan kesemua panglima perang Black Order yang terdiri daripada Corvus Glaive, Ebony Maw, Proxima Midnight dan Cull Obsidian.

Manakala poster ketiga mendedahkan Iron Man (Robert Downey Jr.), Gamora (Zoe Saldana), Nebula (Karen Gillan), Mantis (Pom Klementieff), Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Black Panther (Chadwick Boseman), War Machine (Don Cheadle), Winter Soldier (Sebastian Stan), Hawkeye (Jeremy Renner), Hulk (Mark Ruffalo) dan Spider-Man (Tom Holland) yang disaksikan di sini sedang mengenakan seragam khas Iron Spider!

Lihat gabungan ketiga-tiga poster konsep tersebut dengan paparan imej beresolusi tinggi di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi Avengers: Infinity War:

“As the Avengers and their allies have continued to protect the world from threats too large for any one hero to handle, a new danger has emerged from the cosmic shadows: Thanos. A despot of intergalactic infamy, his goal is to collect all six Infinity Stones, artifacts of unimaginable power, and use them to inflict his twisted will on all of reality. Everything the Avengers have fought for has led up to this moment – the fate of Earth and existence itself has never been more uncertain..”

Avengers: Infinity War akan berada di pawagam pada 4 Mei, 2018.
Avengers 4 akan berada di pawagam pada 3 Mei, 2019.

Last modified: July 24, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *