Channing Tatum Dedah Status Terkini Beliau untuk Projek Filem Solo GAMBIT!

141

Written by:

Filem Gambit sebelum ini sudah hampir direalisasikan beberapa kali.

Tetapi setelah kehilangan pengarah Rupert Wyatt dan Doug Liman, nampaknya 21st Century Fox terpaksa merancang semula daripada awal. Atau apakah filem ini langsung telah disingkirkan terus dari senarai projek mereka?

Bintang utama yang dicanangkan untuk memegang peranan sebagai Remy Etienne LeBeau atau Gambit iaitu Channing Tatum adalah seorang individu yang sangat sibuk. Apakah beliau sendiri telah bergerak ke hadapan dan meninggalkan projek ini juga secara serta-merta? Jawapan yang diberikan oleh beliau dalam satu wawancara hari ini terus-terang mengatakan bahawa filem tersebut masih aktif dalam proses pembangunan dan beliau sendiri masih lagi terikat dengannya:

“Yeah, of course.. We’re working on it right now.”

Bintang yang bakal muncul dalam The Kingsman: The Golden Circle itu enggan menambah lanjut lebih daripada itu. Tetapi dengan pihak Fox sudah mengumumkan beberapa tarikh tayanganr rasmi untuk filem-filem Marvel/X-Men yang masih belum berjudul rasmi, ada kemungkinan besar salah satu filem itu adalah Gambit. Siapakah bakal mengarahkannya, masih belum dapat lagi dipastikan.

Namun dengan kejayaan blockbuster luarbiasa Logan dan Deadpool, ada potensi besar filem ini juga akan menuruti jejak langkah mereka andai diuruskan dengan baik.

Apakah Gambit bakal menjadi realiti kali ini? Pandangan dan pendapat anda seperti biasa di ruangan komen.

Last modified: July 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *