Filem Solo DOCTOR DOOM Kini Sedang Dibangunkan oleh 20th Century Fox!

126

Written by:

Tidak banyak yang dapat kami laporkan untuk entri ini.

Tetapi nampaknya pengarah dan pencipta siri televisyen Legion dan FargoNoah Hawley kini sedang proses membangunkan sebuah projek filem milik 20th Century Fox serta Marvel yang melibatkan antagonis utama Fantastic Four iaitu Doctor Doom!

Dipenghujung sesi panel San Diego Comic-Con untuk Legion, beliau sendiri telah mengumumkan bahawa sebuah projek baharu kini sedang dalam perancangan dan keutamaannya. Hanya kata-kata ini yang telah dilafazkan oleh pengarah tersebut:

“I’ll just say two words. The first one is Doctor and the next one is Doom.” 

Menurut sumber THR, beliau turut menulis skrip selain menjadi pengarahnya.

Ada kemungkinan besar yang projek ini berlaku apabila studio masih tidak pasti sama ada mahu meneruskan sekuel Fantastic Four setelah prestasi kurang memberangsangkan bagi filem arahan Josh Trank pada tahun 2015. Dan daripada melalukan reboot sekali lagi, mereka berkeputusan untuk memberi fokus kepada watak penjahat asal Latveria itu. Spin-off di atas mungkin tidak akan akan terhenti di sini apabila ada khabar angin mengatakan yang Seth Grahame-Smith (Pride and Prejudice and Zombies, Abraham Lincoln, Vampire Hunter) sedang mengusahakan projek yang menampilkan Franklin Richards, anak lelaku sulung kepada Mr. Fantastic dan Invisible Girl.

Apa pula pendapat anda? Komen seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah.

Last modified: July 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *