Pandang Pertama Pesawat Starfighter Milik Kylo Ren dalam STAR WAR: THE LAST JEDI!

150

Written by:

AnimasiBukuFilemKomikSemasaTV

Kylo Ren akan kembali mengganas ke serata galaksi.

Kali ini beliau akan muncul dengan sebuah pesawat angkasa atau Starfighter baharu dengan gelaran rasmi TIE Silencer yang telah rasmi diperkenalkan sebentar tadi di acara San Diego Comic-Con oleh LucasFilm.

LucasFilm tidak mendedahkan banyak perincian atau butiran tentang pesawat angkasa tersebut tetapi dapat mendedahkan bahawa di bawah ini kepada sumber Entertainment Weekly:

“Ren is an expert pilot. Thanks to skills passed down from his father which he puts to use in exploiting his ship’s speed and ferocity. There is no other First Order craft like the TIE silencer, and it is an effective tool in Ren’s mission to destroy the Resistance.”

Petikan yang sama juga menyamakan kehebatan TIE Silencer banyak dipengaruhi oleh gaya rekaan TIE Interceptor dan juga jelmaan kontemporari TIE Advanced 1 milik Darth Vader yang pernah dipacu semasa mengejar Luke Skywalker semasa babak akhir Star War Episode IV: A New Hope.

Lihat pandang pertama TIE Silencer tersebut di bawah ini:

Star Wars Episode VIII: The Last Jedi akan berada di pawagam pada 15 Disember, 2017.

Last modified: July 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *