Pengarah Baharu Filem HAN SOLO Dedah Pandang Pertama Donald Glover sebagai Lando Calrissian!

132

Written by:

Perkembangan terkini dari Semesta Sinematik Star Wars.

Pengarah Ron Howard (Rush, Made in America, In the Heart of the Sea) nampaknya tidak banyak membuang masa dan terus melaksanakan tugasnya sebagai sutradara baharu filem antologi Star Wars seterusnya iaitu Han Solo. Antara yang terbaharu adalah pendedahan demi pendedahan foto-foto eksklusif di sebalik tabir produksi di media sosial.

Dan pada hari ini, kita telah didedahkan dengan pandang pertama kelibat Donald Glover lengkap berseragam sebagai versi remaja untuk watak klasik yang pertama kali muncul dalam Star Wars Episode V: Empire Strikes Back iaitu Lando Calrissian. Biarpun imej yang diperlihatkan kurang jelas dan beresolusi rendah, ia tetap sahaja menghadirkan rasa teruja.

Han Solo dan Lando Calrissian adalah teman akrab dalam trilogi asal Star Wars serta memiliki sejarah yang amat panjang di antara mereka sejak dari peringkat awal: Konflik, krisis dan kecelaruan kesaudaraan. Maka ini secara langsung akan menghadirkan rasa ingin tahu yang lebih mendalam kepada para peminat untuk menonton filem di atas tentang dinamik permulaan persahabatan awal mereka.

Lihat imej belakang tabir dari set belakang tabir filem Han Solo di bawah ini:

lining up a shot today from my director’s monitor

A post shared by RealRonHoward (@realronhoward) on

Filem Han Solo yang belum berjudul rasmi ini akan berada di pawagam seluruh dunia pada 25 Mei, 2018

Last modified: July 19, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *