Lihat Dua Poster Promosi Siri TV STAR TREK: DISCOVERY Sempena San Diego Comic-Con 2017!

95

Written by:

FilemSemasaTV

Antara siri fiksyen sains paling popular sekali di dunia bakal kembali lagi pada hujung tahun ini.

Dengan judul Star Trek: Discovery, ia berlangsung kira-kira 10 tahun sebelum siri televisyen asal hasil karya Gene Roddenberry mula-mula ke udara 50 tahun dulu. Dan pada pada hari ini, pihak CBS telah mendedahkan dua buah poster untuk siri tersebut dan juga bersempena kedatangan acara San Diego Comic-Con 2017 pada hujung minggu ini.

Poster ini memaparkan imej logo Starfleet dengan kelibat seorang individu lengkap berseragam angkasawan (kemungkinan besar watak Sonequa Martin-Green iaitu Michael Burnham), manakala sebuah lagi memberi fokus kepada pesawat angkasa utama U.S.S. Discovery NCC-1031.

Lihat kedua-dua poster tersebut di bawah ini:

Berikut adalah sinopsis untuk siri televisyen di atas:

Star Trek, one of the most iconic and influential global television franchises, returns to television 50 years after it first premiered with STAR TREK: DISCOVERY. The series will feature a new ship, new characters and new missions, while embracing the same ideology and hope for the future that inspired a generation of dreamers and doers. The series will premiere on the CBS Television Network with all subsequent episodes available on CBS All Access, the Network’s digital subscription video on demand and live streaming service, and will be distributed concurrently by CBS Studios International on Netflix in 188 countries and in Canada on Bell Media’s Space channel and OTT service CraveTV.

Star Trek: Discovery akan mula bersiaran menerusi saluran CBS All Access pada 24 September, 2017.

Last modified: July 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *