THE INCREDIBLES 2 Akan Bermula Sejurus Selepas Tamat Filem Pertama!

114

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Seorang wakil wartawan telah berkesempatan untuk bertemu Ketua Pegawai Kreatif Pixar, John Lasseter semasa acara D23 yang berlangsung hari ini.

Dalam wawancara ringkas itu, beliau mengesahkan bahawa jalan cerita filem The Incredibles 2 yang akan ditayangkan pada tahun hadapan akan terus bermula selepas filem pertamanya tamat. Menurutnya:

It starts right as the first one finishes, so it just carries on..  a minute after. It starts with the Underminer and a big old set piece. You know that at the end of the first movie when he comes up and you see the family dressed as superheroes, well that’s where start this movie.

Sudah tentunya berita ini telah menyingkirkan beberapa teori peminat yang menjangkakan garis masa cerita ini bergerak sejak The Incredibles keluar pada tahun 2004. Malah ada di antara mereka yang telah mencipta lakaran dan memaparkan versi dewasa Dash, Violet dan Jack Jack di internet .

Apakah ramalan ini juga yang telah menyebabkan Pixar dan Disney bertukar arah demi menghindari klise?

The Incredibles 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Jun, 2018.

Last modified: July 15, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *