Lihat Pandang Pertama Imej Terbaharu Cyclops dari Set Penggambaran X-MEN: DARK PHOENIX!

336

Written by:

Ada beberapa imej dari set penggambaran X-Men: Dark Phoenix di Montreal telah lolos di internet.

Dan salah satu daripadanya menampilkan pelakon Tye Sheridan (Mud, Ready Player One) sedang beraksi sebagai Scott Summers atau lebih dikenali ramai sebagai Cyclops!

Jika diperhatikan dengan teliti, watak Cyclops ini telah mengenakan seragam yang seakan-akan sama dengan kostum di dalam komik menerusi babak akhir X-Men: Apocalypse. Tetapi dengan visor yang telah dikemaskini dan gaya rambut baharu, memang jelas sekali ia mengambil inspirasi keras dari komik X-Men karya Jim Lee dan Chris Claremont era 90an dulu.

Ini seolah-olah memberi bayangan bahawa dalam masa yang terdekat ini, ada berkemungkinan besar kita juga akan dapat melihat anggota-anggota utama X-Men yang lain. Namun buat masa ini, kami mahu anda beri pandangan dan pendapat anda tentang imej baharu Cyclops menerusi ruangan komen serta seperti yang dapat dilihat di bawah ini:

Last modified: July 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *