Imej Baharu Filem Reboot TOMB RAIDER Tertiris, Alicia Vikander Dedah Perincian Plot Terkini!

165

Written by:

Baru-baru ini, Entertainment Weekly telah berkesempatan untuk duduk bersama Alicia Vikander (Ex Machina, The Man from U.N.C.L.E) untuk membincangkan tentang filem reboot Tomb Raider.

Berdasarkan butiran yang diperolehi, filem ini akan bermula kisah perjalanan hidup Lara Croft dengan rutin harian biasa dan lazim sepertimana rakyat kebanyakan sebelum sebuah misteri menjemput beliau untuk mengembara demi mencari ayahandanya lakonan Dominic West yang dipercayai terkorban dalam satu ekpedisi.

“She has all the fierce, tough, curious, intelligent traits but we’ve stripped away all of her experience. She hasn’t gone on an adventure just yet. She thought he was a stuck up businessperson living in the modern youth culture of suburban London.. then this whole box of information. This is the beginning.” 

Nampak seperti ianya bakal mengikut plot yang pernah terkandung menerusi asal permainan videonya!

Lebih daripada itu, Alicia Vikander turut menambah bahawa kejayaan luarbiasa Wonder Woman telah menambahkan keyakinannya untuk memegang watak yang kali terakhir dipegang oleh Angelina Jolie pada tahun 2003.

“I went to the cinema and saw Wonder Woman the other day. It’s a mixture of joy and sadness pouring over me, as I was thinking, ‘Oh, my God, I haven’t seen women onscreen like that.’ And I wondered how many stories there have there been throughout the years that haven’t been told. If Wonder Woman made such an impact, which it deserves to, then we need to use ten times as much force to make some change. It needs to happen.” 

Sebuah imej terbaharu turut diperlihatkan dalam edisi terbaharu majalah Entertainment Weekly yang boleh anda lihat di bawah ini:

Tomb Raider akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 Mac, 2018.

Last modified: July 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *