Pelancaran Siri Animasi Terbaharu BALLOONIA Meriahkan Acara InkRamadan 2017!

95

Written by:

AnimasiKomikSemasaTV

Ini ada satu perkembangan dan berita menarik untuk peminat hasil animasi tempatan.

Pada pagi tadi bertempat di Pusat Membeli-Belah Summit USJ Subang Jaya telah diadakan Majlis Pelancaran dan Sidang Media untuk Siri Animasi Balloonia terbitan Otti Pictures bersempena acara InkRamadan 2017 anjuran Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS).

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Mantan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Dato’ Kamil Othman dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib. Mereka turut diiringi oleh Presiden Persatuan ANIMAS, Tuan Ameir Hamzah Hashim serta pengarah serta pemilik Otti Pictures, Encik Ooi Seng Chye.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ramai penggiat-penggiat komik dan animasi tempatan, pengunjung acara InkRamadan 2017 serta rakan-rakan industri kreatif yang lain.

Tonton treler teaser siri animasi Ballonnia tesebut di bawah ini:

Last modified: July 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *